Akses awal · Belum dilancarkan

Semak assignment anda ikut rubrik, sebelum hantar

Muat naik rubrik dan draf anda. Markah semak setiap kriteria: mana yang sudah dipenuhi, mana yang lemah, dan apa sebenarnya yang tertinggal. Dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Sertai akses awal

Cara ia berfungsi

  1. 1. Muat naik rubrikPDF, gambar atau taip. Brief tugasan juga boleh.
  2. 2. Muat naik drafWord, PDF, teks atau gambar.
  3. 3. Dapat laporanSetiap kriteria: dipenuhi, separa atau tiada, dengan bukti dan apa yang perlu ditambah.

Contoh laporan

Contoh rekaan untuk menunjukkan rupa laporan. Bukan keputusan sebenar.

Laporan kajian kes: Pemasaran digital untuk PKS

2 daripada 5 kriteria dipenuhi sepenuhnya. Pembaikan paling penting: tambah bahagian metodologi.

Pengenalan dan objektif kajianDipenuhi
Bukti dalam draf
“Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pemasaran media sosial bagi PKS di Kuantan…”
Apa yang perlu
Objektif jelas dan sepadan dengan soalan tugasan.
Kajian literatur (sekurang-kurangnya 5 sumber)Separa
Bukti dalam draf
“Menurut Rahman (2023), …”
Apa yang perlu
Hanya 3 sumber ditemui. Rubrik minta sekurang-kurangnya 5: tambah 2 sumber berkaitan PKS di Malaysia.
MetodologiTiada
Bukti dalam draf
Tidak ditemui dalam draf
Apa yang perlu
Tiada penerangan cara sampel dipilih atau saiz sampel. Terangkan siapa responden, berapa orang dan kenapa.
Analisis dan perbincanganSepara
Bukti dalam draf
“Seramai 62% responden bersetuju…”
Apa yang perlu
Data dibentangkan tetapi tidak dibincangkan. Kaitkan dapatan dengan objektif kajian.
Rujukan format APADipenuhi
Bukti dalam draf
“Rahman, A. (2023). Digital marketing…”
Apa yang perlu
Format konsisten.

Maklum balas sahaja. Kami tak tulis assignment anda.

Markah tunjuk apa yang kurang dan apa yang rubrik minta. Ia tidak menulis, menulis semula atau memparafrasa kerja anda. Assignment tetap hasil anda sendiri, jadi selamat untuk digunakan dan jujur kepada pensyarah.

Draf anda tidak digunakan untuk melatih model AI dan akan dipadam secara automatik selepas 30 hari.

Sertai akses awal

Kami sedang menguji idea ini. Daftar dan kami emel anda apabila ia sedia untuk dicuba.

Saya seorang
Berapa yang anda sanggup bayar?